Thursday, August 2, 2007

Tempat Kediaman Roh

Setelah kita kembali ke Rahmatullah, iaitu mati; dimana roh akan meninggalkan jasad untuk berada di suatu tempat sementara menunggu hari kiamat, dimana kita akan dibangkitkan kembali di padang Mahsyar. Roh yang telah meninggalkan jasadnya akan menuju ke salah satu dari tujuh destinasi mengikut sebagaimana yang tercatat di bawah. Sama-samalah kita hayati dan renungi, semoga dapat kita mempersiapkan diri dan mengenal pasti destinasi kita seterusnya selepas dunia ini.
1. Roh para Nabi dan Utusan menuju ke syurga Adnin. 2. Roh para Ulama menuju ke syurga Firdaus. 3. Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina. 4. Roh para Syuhada berterbangan seperti burung di syurga sekehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah saw bahawa: "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangan dengan para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah:
  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
  3. Orang yang puasa pada hari Arafah.”
(18hb. Jun 2006)

No comments: