Tuesday, August 14, 2007

Diari Seorang Isteri : Iktibar Utk Suami

"Aduh...sakitnyer... isk..... aduuh.... Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri. "Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ... "Come on Nisa u can do it...once more.... "Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar... "Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dahm engandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa. Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni" kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap, takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker" marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja. "Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian... terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak... berdenyut2... "Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ." panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari, okay I datang" ... tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..." ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri. "Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa..baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati... tetapi sebaliknya..... Zakri hanya diam.... "YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa... "YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering... membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang... Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA. Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang... Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang.. Dania mengikut raut muka Abang... sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa... Ibunya... sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua. Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa "Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA. Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini jadinya... kejamnya aku... Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan... YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak... kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa... p/s : Hmmm...sedih ke tak? aku dah terasa lain macam jer. Tapi yang pasti email ni aku takkan delete sampai bila bila. Mana la tau boleh dijadikan peringatan suatu hari nanti.

Rainbow Sun at Kuching : 22 June 2007

Gambar matahari kat Kuching right before solat Jumaat. Semua orang kat Kuching dok pandang kat atas during this time. Kalau u all ada kat sini time tu, "effect" dia amat kuat sekali. Terasa amat pelik sekali... terasa, time stop for few minutes... and rasa senyap je, rasa nak nangis. Allahuakbar.

SIAPAKAH KITA ?

Siapakah orang yang sibuk ? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

What time is it now?

Can you tell a time without a watch, this guy could!

46 Ciri Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya. Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita. Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik..!!!!!

Wednesday, August 8, 2007

Kaber (Zul Yahya) Bertunang

Tahniah, semoga berbahagia ke anak cucu ... Amin.

EYES OF THE WORLD

Enjoy ...

Tuesday, August 7, 2007

Nice Scenery Pic

50thn Merdeka - TM

Laser lighting perform by Telekom Malaysia.

Inside Kaabah - Maakah

It is very special ... share this with your friends.

Inside ....

Monday, August 6, 2007

Just a lis of ....

The most distructive habit..........Worry The greatest joy..........Giving The greatest loss..........Loss of self-respect The most satisfying work..........Helping others The ugliest personality trait..........Selfishness The most endangered species..........Dedicated leaders The greatest natural resourse..........Our youth The greatest "shot in the arm "..........Encouragement The most effective sleeping pill..........Peace of mind The most crippling failure disease..........Excuses The most powerful force in life..........LOVE The most dangerous pariah..........A gossiper The world's most incredible computer.........The brain The worse thing to be without..........Hope The deadliest weapon..........The tongue The two most power-filled words.........." I can " The greatest asset..........Faith The most worthless emotion..........Self-pity The most beautiful attire..........SMILE! The most prize possession..........Intergrity The most contagious spirit..........Enthusiasm The most poeple choice in WWE..........the_berock!!!! Failure is an achievement that holds you back for a moment. If the first time you don't succeed, call it version 1.0

Kasih Sayang Mengikut Bulan Lahir

Januari - Mudah jatuh cinta. - Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang di cintai sekiranya dikhianati. - Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya. - Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya. - Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya. - Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang. - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja ------------------------------------------------------------------ Febuari - Sukar untuk jatuh cinta . - Amat hormat kepada pasangan. - Amat suka memikat pasangan. - Jujur dan berterus terang dalam perhubungan. - Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya - Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) . - Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan. - Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya. ---------------------------------------------------- Mac - Mudah menawan hati pasangannya. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati. - Sangat baik dalam menjaga perhubungan. - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai. - Perasaan cemburu yang minima. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya. - Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan. ----------------------------------------------------- April - Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta. - Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai. - Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati. - Sentiasa ingin diberi perhatian. - Amat cemburu dalam perhubungan. - Kesetiaan teguh terhadap pasangannya. - Emosi cepat terusik dan mudah terluka. - Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk. - Romantik dan terlalu romantik. - Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan. ---------------------------------------------------------- Mei - Amat mudah jatuh cinta. - Baik dan jujur dalam perhubungan. - Pandai menarik hati pasangan. - Perasaan cinta yang mendalam. - Mudah untuk di pujuk. - Mudah menerima cinta seseorang. - Pilihan yang tepat dalam berpasangan. - Nekad untuk menjaga hubungan yang baik. - Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control @ King Control). - Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan. - Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan. - Ambil berat dalam menjaga hubungan. ------------------------------------------------- Jun - Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan. - Sukar melukai dan memahami hat i pasangan. - Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih. - Cerewet dalam hubungan. - Selalu beremosi. - Mudah merajuk dan mudah di pujuk. - Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang. - Elok untuk menjadi Ibu yang baik. - Dahagakan pujian dari pasangan. -------------------------------------------------- Julai - Amat suka didampingi pasangan. - Sukar dimengerti oleh pasangan. - Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan. - Amat mudah dipujuk dan berterus terang. - Amat menghargai kesetiaan pasangan. - Mengambil berat dan mengasihi pasangan - Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai. - Mudah terluka dan lambat untuk pulih. - Suka merajuk dan dipujuk. - Setia terhadap pasangan. - Suka mendengar dan tidak suka membantah. - Cemburu terhadap pasangan. - Suka menilai dan menjaga perhubungan. ------------------------------------------------- Ogos - Pandai memujuk pasangan - Suka memimpin pasangan. - Romantik, Pengasih dan Penyayang. - Kelam kabut dalam perhubungan. - Sangat sensitif . - Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan. -------------------------------------------------- September - Bersopan dalam hubungan. - bertolak ansur terhadap pasangan. - Suka mengkritik pasangan. - Sangat prihatin terhadap pasangan. - Sangat sensitif dan emosi. - Pandai memahami pasangan. - Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan. - Sukar melupakan sekiranya hati terluka. - Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan. - Pandai menyimpan perasaan. - Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya. ------------------------------------------------------ Oktober - Amat suka berkomunikasi dengan pasangan. - Suka disayangi dan menyayangi pasangan. - Sopan terhadap pasangan. - Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan. - Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya. - Emosi yang mudah terusik. - Pengasih, Penyayang terhadap pasangan. - Cemburu dan terlalu cemburu. - Romantik - Memahami pasangan. ------------------------------------------------- November - Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan. - Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa. - Agak degil dan kuat pendirian. - Mudah ambil berat terhadap pasangan. - Emosi yang mendalam. - Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. --------------------------------------------------- Disember - Pemurah terhadap perhubungan - Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama. - Tergesa-gesa dalam perhubungan - Suka didampingi oleh pasangan. - Benci bila dikongkong. - Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki) - Suka mempengaruhi pasangan.

Roda Kereta Firaun Ditemukan Dilaut Merah

Masih ingat dengan kisah mukjizat Nabi Musa yang membelah laut merah dengan tongkatnya? Jika salah satu diantara anda menganggap kisah tersebut hanya merupakan dongeng belaka, sekarang mari kita simak tulisan dibawah ini. Seorang Arkeolog bernama Ron Wyatt (lihat di http://www.wyattmus eum.com/ron- wyatt.htm ) pada ahir tahun 1988 silam mengklaim bahwa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno didasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam dilautan tsb saat digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya. Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya juga menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Temuan ini tentunya semakin memperkuat dugaan bahwa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bagian dari kerangka para bala tentara Fir'aun yang tenggelam di laut Merah. Apalagi dari hasil pengujian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan,memang benar adanya bahwa struktur dan kandungan beberapa tulang telah berusia sekitar 3500 tahun silam,dimana menurut sejarah, kejadian pengejaran itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama. Selain itu,ada suatu benda menarik yang juga berhasil ditemukan,yaitu poros roda dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang,sehingga untuk saat ini bentuk aslinya sangat sulit untuk dilihat secara jelas. Mungkin Allah sengaja melindungi benda ini untuk menunjukkan kepada kita semua bahwa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-nabiNya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan belaka. Diantara beberapa bangkai kereta tadi,ditemukan pula sebuah roda dengan 4 buah jeruji yang terbuat dari emas.Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang ditunggangi oleh Firaun sang raja. Sekarang mari kita perhatikan gambar diatas, Pada bagian peta yang dilingkari (lingkaran merah),menurut para ahli kira-kira disitulah lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyebrangi laut Merah. Lokasi penyeberangan diperkirakan berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum perairan di sekitar lokasi penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan (garis merah) kedalamannya mencapai 1500 meter. Kemiringan laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 derajat, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 derajat. Diperkirakan jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar 1800 meter.Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah diperkirakan 900 meter. Dapatkah kita membayangkan berapa gaya yang diperlukan untuk dapat membelah air laut hingga memiliki lebar lintasan 900 meter dengan jarak 1800 meter pada kedalaman perairan yang rata2 mencapai ratusan meter untuk waktu yang cukup lama, mengingat pengikut Nabi Musa yang menurut sejarah berjumlah ribuan? (menurut tulisan lain diperkirakan jaraknya mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam). Menurut sebuah perhitungan, diperkirakan diperlukan tekanan (gaya per satuan luas) sebesar 2.800.000 Newton/m2 atau setara dengan tekanan yang kita terima jika menyelam di laut hingga kedalaman 280 meter. Jika kita kaitkan dengan kecepatan angin,menurut beberapa perhitungan, setidaknya diperlukan hembusan angin dengan kecepatan konstan 30 meter/detik (108 km/jam) sepanjang malam untuk dapat membelah dan mempertahankan belahan air laut tersebut dalam jangka waktu 4 jam!!!sungguh luar biasa,SUBHANALLAH. ........ ALLAH MAHA BESAR

Friday, August 3, 2007

Sakaratul Maut

Entah kenapa aku telah dipertontonkan situasi sebegini, tetapi yang pastinya aku harus panjangkan kepada semua yang ingin mengetahui rahsia-rahsia yang tersembunyi. Aku sempat berinteraksi dengan seseorang yang tidak mengetahui perihal sakaratul maut. Aku terasa sedih, takut dan amat tersiksa mengalami keadaan manusia yang sebegini. Kalau diberi pilihan aku sendiri tidak sanggup melihatnya apatah lagi mengharungi saat-saat sebegini. Sebak dada bila menghayati hal ni. Semoga kita insaf dan menjadi pengajaran. Kisahnya begini sebagaimana yang diceritakan oleh ROH yang bakal kembali….. “Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang mengucap ‘Asyhaduallailahaillallah........." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu, manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil. "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang, mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu, datanglah..... Tapi mataku semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan darahnya amat rendah", sayup-sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkanlah daku. "Yassin......" bacaan Yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu? Apakah aku sudah menghampiri maut? Aku takut!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihanku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah. Aku mengeluh dan merintih. "Panas, dahaga, haus, panas........" tapi tiada siapapun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek..." aku memanggil "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu...". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi". “Ayah... kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku, matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek...ibu...ayah...suarakau kah tadi? Kenapa kau berubahlaku? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku? Siapakah itu? Tolong! tolong! "Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini?” “Akulah sakaratul maut!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari pusatku ke pinggang dan terus ke tekakku, dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. Kemudian datanglah Malaikat Maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Rohku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda?" Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehuduh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya. Jijik, aku rasa teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?" "Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini”. "Akulah amalanmu yang keji". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah kudengar dan kupelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan, aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan-kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan! Surah Yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat Kak Long dan Kak Ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini? "Tolong... sejuk! Kenapa air ini berbau air kapur barus. “Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit! Kenapa ramai orang melihat aku? Aku malu.....malu.....malu......!". Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk Tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. “Kotak apa ini?" Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara Tok imam. Kelihatan ibu, Kak Long, Kak Ngah dan lain-lain mengekori di belakang. “Tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara Tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari Tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, Siratul Mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup-sayup aku terdengar Tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan aku kini keseorangan. "Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong!!!.....” Apabila nyawa tiba ke kerongkong tiada apa lagi yang dapat membantu dan dibantu cuma amalan dan ibadah sebelumnya. Ambillah pengalaman ini sebagai ikhtibar kerana terlalu ramai manusia hidup di dalam keadaan begini. Malah boleh dikatakan setiap kematian itu skripnya hampir serupa seperti yang dilalui oleh sahabat kita tadi. Pegangan Agama kita semakin rapuh. "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK. DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT". (18hb. Jun 2006)

Thursday, August 2, 2007

Tempat Kediaman Roh

Setelah kita kembali ke Rahmatullah, iaitu mati; dimana roh akan meninggalkan jasad untuk berada di suatu tempat sementara menunggu hari kiamat, dimana kita akan dibangkitkan kembali di padang Mahsyar. Roh yang telah meninggalkan jasadnya akan menuju ke salah satu dari tujuh destinasi mengikut sebagaimana yang tercatat di bawah. Sama-samalah kita hayati dan renungi, semoga dapat kita mempersiapkan diri dan mengenal pasti destinasi kita seterusnya selepas dunia ini.
1. Roh para Nabi dan Utusan menuju ke syurga Adnin. 2. Roh para Ulama menuju ke syurga Firdaus. 3. Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina. 4. Roh para Syuhada berterbangan seperti burung di syurga sekehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah saw bahawa: "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangan dengan para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah:
  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
  3. Orang yang puasa pada hari Arafah.”
(18hb. Jun 2006)

Medical Info : Cancer

MEDICAL INFO:CANCER Please note the following : CANCER : Not all cancers are the same. 1/3 is curable. 1/3 is preventable. 2 factors of cancer that cannot be controlled are AGE & FAMILY HISTORY. CAUSES OF CANCER: 1. Smoking is very often the main cause of cancer. It kills us silently and drains money from us quietly. There’re 4,000 harmful chemicals (though in diluted form) in one stick of cigarette. Taking one puff is 600 times worse than inhaling exhaust fumes from vehicles. 2. Some foods that cause cancer is : a. Barbecued Food b. Deep Fried Food c. Overheating Meat d. Food that is high in fat causes our bile to secrete acid that contains a chemical which is a promoter of cancer cells. e. Food that contains preservatives, too much salt or nitrates, e.g. canned food, salted egg & veggies, sausages, etc. f. Overnight Rice (where Aflatoxin is accumulated) g. Food that is low in fibre : Our body needs 25gm of both soluble & insoluble fibre daily. We must drink at least 1.5 litres of plain water a day. h. Contaminated Food (e.g. moulded bread causes our body to secrete toxins that may eventually lead to liver cancer in the long run. Never eat bread that is kept in room temperature for more than 2 days especially in a humid weather.) 3. Types of fat and which is the best? Highly Recommended for Health : a. Olive Oil - It does not absorb in our body. b. Fish Oil - Omega 3 (contained in NI’s Circulytes) has poly-unsaturated fat. It’s good for our brain cells. c. Peanut Oil - It contains Vitamin E. A small dosage is recommended only. 4. Not Recommended for Health a. Vegetable Fat - Palm oil is worse than coconut oil. It is high in cholesterol and highly unsaturated. b. Coconut Oil - It has saturated fat. 5. Specific Food & Beverages a. Egg when eaten too much can cause High Colon Cancer, Risk Ovary Cancer, Prostate Cancer. b. Cabbage is highly recommended for health reason. c. Tomato is best eaten raw with a bit of olive oil for better absorption. Other alternative is to take tomato sauce. d. Coffee is good because it contains 2 anti- oxidants. Inhale coffee aroma for half each day is equivalent to eating 2 oranges a day. However, the residue of over-burned coffee is extremely bad for health. It can cause cancer. e. Tea, as long as it is in its original tealeaves and not processed into BOH or Lipton packets, it is good for health. Tea contains 30 anti-oxidants. Recommended dosage is cups a day. EXERCISE AND BE FIT Have a balanced lifestyle. Exercise regularly. F : Frequency (3 to 5 times a week) I : Intensity (Exercise till we sweat and breath deeply) T : Types of exercises (Find one that suits our age, lifestyle...) HAVE REGULAR CHECK-UP once we reach the age of 45 & above, it is recommended that we go for regular comprehensive health examination. Early detection may save lives. (Especially female's breast cancer)

Wednesday, August 1, 2007

Manfaat Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Stres: Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit. Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.